.

Friday, July 29, 2011

Kepentingan Protein Soya

assalamualaikum... hehe

kali ni asip nak share dengn kwn2 artikel pasal kepentingan protein soya, artikel ni bukan asip yg tulis.. kalau asip tulis kang takut korang tak percaye plak kan.. huhu.. so asip nk share artikel oleh Anoop Misra M.D.... Dr Anoop Misra ni sekarang Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife (NAB) kat India... yg kite sedia maklum India pon makin meningkat Herbalifenye.. huhu...

kalau kwn2 nak buat research pasal Dr Anoop Misra boleh search kat website dye sendiri... http://www.anoopmisra.com/ atau tgk http://www.herbalifescience.com/advisory-board/anoop-misra......

so jom kite same2 bace artikel dye jup ^_^


Protein soya merupakan protein tersendiri daripada kacang. Data mengesyorkan pengambilan pemakanan yang kaya dalam produk sayuran berbanding produk haiwan boleh mengurangkan kepekatan kolestrol plasma dan risiko peyakit jantung. Protein tumbuhan seperti protein soya kelihatan dapat mengurangkan kepekatan kolestrol plasma di dalam manusia, walaupun mekanisma di mana protein soya dapat mengurangkan tahap kolestrol darah masih tidak jelas. Menurut satu hipotesis, kesan protein soya keatas kepekatan kolestrol serum sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh komposisi asid aminonya. Namun, bilangan komponen bukan asid amino di dalam produk soya, khususnya fitoestrogen, telah lama dikaitkan dalam pengurangan lipid darah. Kajian keatas manusia telah menunjukkan bahawa protein soya tersendiri mengandungi 62mg isoflavone yang diberi kepada indervidu hiperkolestrolemik telah menunjukkan penguragan 10% kolestrol total.

Aspek Nutrisi Protein Soya
  • Makanan soya telah lama dikenali untuk protein tinggi dan kandungan lemak tepu rendah. Walaupun berasal daripada tumbuhan, kualiti protein adalah hampir boleh dibandingkan dengan protein haiwan.
  • Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan sayuran yang mengandungi 8 amino asid
  • Kacang soya mengandungi hampir 40% protein, 20% lemak, 35% karbohidrat & 5% mineral.
  • Kacang soya merupakan sumber kaya vitamin A, D, E, dan mempunyai amaun yang nyata bagi vitamin kumpulan B dan mineral seperti besi, kuprum, zink, magnesium, & fosforus
  • Soya adalah sumper kaya bagi saponin, isoflavine, dan fitoestrogen, dan sumber baik bagi antioksidan (lesitin & vitamin E)
Manfaat Kesihatan Protein Soya
  • Mengurangkan kolestrol total di dalam hiperlipidemik
  • Mungurangkan simptom putus haid/ post-putus haid
  • Melambatkan kelesapan tulang dalam wanita post-putus hayat
  • Sumber protein terbaik bg individu yang tak toleran laktos
  • Tinggi dalam serat dan rendah dalam indeks glisemia membantu dalam pengurusan badan

No comments:

Post a Comment